Tidak Dikurniakan Anak?
Sudah berkahwin selama 6 tahun tetapi tiada anak
PERTAMA, anda perlu memastikan anda sebenarnya hamil atau sebaliknya. Ini dapat diketahui dengan beberapa cara:
1. Ujian darah ß-hCG yang dilakukan sekurang-kurangnya 15 hari selepas anda menerima suntikan hCG (yang lebih dikenali sebagai suntikan ovulasi atau suntikan untuk memecahkan telur).
Lazimnya suntikan ini diberikan sebanyak 5,000 IU kira-kira 36 jam sebelum IUI dilakukan. Ujian ini dapat dilakukan awal iaitu satu hingga dua hari sebelum seseorang didatangi haid (jika tidak hamil) dan hasilnya diketahui cepat iaitu dalam masa sejam hingga dua jam saja.
Ujian ini dapat mengesahkan "kehamilan biokimia" saja. Namun, memandangkan suntikan ini mengandungi hCG, tidak mustahil seseorang yang mengambilnya turut menunjukkan sedikit paras hCG jika ujian darah kehamilan (yang juga menilai paras hormon hCG) dilakukan dalam masa 15 hari suntikan diberi.
Ini dinamakan "false positive result". Lebih banyak hormon itu diberikan misalnya 10,000 IU mungkin kesannya di dalam darah bertahan lebih lama.
2. Cucian D&C yang anda jalani. Lazimnya doktor akan menghantar tisu D&C terbabit untuk ujian histologi (lebih dikenali sebagai HPE).
Kehadiran tisu "chorionic villi" serta lapisan "decidua" mengesahkan anda memang hamil, manakala corak "Arias stella" pula memungkinkan seseorang mengalami kehamilan ektopik.
3. Ujian ultrabunyi. Ini lebih tepat daripada ujian darah tetapi hasilnya dapat dilihat lebih lewat. Kehadiran kantung kandungan (seperti bola) yang kemudiannya mempunyai jasad berserta degupan jantung, barulah kehamilan disahkan secara "kehamilan klinikal".
4. Ujian air kencing pula dilakukan kira-kira lewat seminggu dari tarikh haid (jika tiada haid). Ia boleh dilakukan sendiri di rumah.
Hasilnya tidak sebegitu tepat dan boleh memberikan keputusan "false positive" (sebenarnya tidak hamil tetapi ujian positif) atau sebaliknya "false negative" (ujian negatif tetapi sebenarnya hamil).
Jika benar anda sudah keguguran sebanyak tiga kali berturut-turut, ini dinamakan keguguran berulang atau habitual.
Keadaan ini perlu diperiksa kerana terdapat beberapa puncanya yang boleh dirawat, jika tidak ia akan mengakibatkan keguguran dalam peratusan risiko yang tinggi (sehingga 60 peratus).
Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan lagi untuk menjalani ujian lanjutan misalnya ujian darah mengesan penyakit tertentu sebelum memulakan rawatan kesuburan lagi.
dipetik dari myetro.com.my online news.
0 comments:
Post a Comment