Thursday, December 31, 2009

Luhur dan Mulia panggilan menjadi seorang Ibu

Kenyataan bahawa keduaduanya boleh menjadi ibu merupakan pengalaman istimewa baik bagi Maria maupun Elizabeth. Maria menjadi ibu setelah dia menjawab “YA” kepada malaikat Gabriel yang memberitahukannya bahawa dia akan mengandung dan melahirkan seorang putera sekalipun dia tidak bersuami. Keterbukaan dan kerendahan hati untuk menerima rencana Tuhan itu supaya menjadi Bonda Penebus merupakan panggilan awal Maria sebagai Ibu.

Di pihak lain, Elizabeth adalah wanita yang sudah lama mempunyai kerinduan untuk menjadi seorang ibu. Dia sudah menantikan hal itu berpuluh-puluh tahun. Pada masa tuanya, Tuhan menganugerahkan kepadanya seorang putera iaitu Yohanes Pembaptis.

Kesedaran akan karya Tuhan yang begitu misterius di dalam dirinya menyebabkan dia bersorak dan berseru, “Siapakah aku ini sampai ibu Tuhanku datang mengunjungi aku?”

Baik Maria maupun Elizabeth sangat bangga akan panggilan mereka sebagai ibu. Panggilan mereka sebagai ibu sungguh membahagiakan.

Namun, di pihak lain, panggilan yang sama juga menuntut pengorbanan dari mereka. Pengalaman Maria sendiri menjadi saksi kebenaran akan pernyataan itu. Pengorbanan itu berawal dari kelahiran putera-Nya di kandang haiwan dengan Elizabeth. Yohanes yang bertumbuh, berkembang dan dipanggil menjadi nabi meninggalkan keluarganya dan hidup sendirian di padang gurun. Memang tidak dapat disangkal bahawa panggilan menjadi seorang ibu memerlukan pengorbanan besar.

Dewasa ini, panggilan menjadi ibu mengalami krisis, khususnya di dunia barat dan mungkin sudah mulai menjangkiti ke Asia, dan khususnya di Malaysia. Ada ramai orang yang tidak lagi mahu menjadi ibu kerana ianya sesuatu yang menyusahkan diri sendiri, sibuk dengan kerjaya dan tidak mau berkorban. Ada orang yang tidak mau menikah supaya tidak melahirkan anak dan ada pula orang yang menikah tetapi tidak ingin mendapatkan anak. Semua itu dilakukan atas nama kebebasan. Gejala yang demikian telah membawa persoalan tersendiri.

Sebuah filem dokumentasi pernah menceritakan kisah seorang bayi yang mempunyai tiga orang ibu yang berbeza. Ibu pertama merupakan seorang wanita yang menjual sel telur. Ibu yang kedua adalah pula ialah wanita yang ‘menyewakan’ rahimnya untuk pembuahan sel telur dan sperma. Ibu yang ketiga pula ialah wanita yang memelihara dan memiliki anak itu dengan membeli sel telur dari ibu pertama serta mencari seorang ibu yang sanggup ‘menyewakan’ rahimnya untuk melahirkan anak tersebut.


Persoalan di sini,
“Siapakah yang menjadi ibu sesungguhnya kepada anak itu?”
Namun, pertanyaan lebih serius ialah
“Bagaimana mungkin seorang anak manusia diperlakukan seperti barangan buatan?”


Menjelang pesta kelahiran Yesus di mana Maria akan menjadi seorang ibu, marilah kita berdoa untuk para ibu. Kiranya, mereka tetap melihat panggilannya sebagai sesuatu yang luhur mulia. Semoga mereka senantiasa menerima hiburan rohani dari peranan dan fungsi serta tugas yang dipikulnya itu.
Amin. — Paderi Valentine Gompok OFM Cap.

disalin dari Herald Malaysia untuk bacaan pengunjung.
rujukan;
MI 5:1-4; IBR 10:5-10 LUK 1:39-44

Wednesday, December 16, 2009

Peserta Penguatan dan Permandian

Berikut adalah gambar calon penguatan dan permandian dalam perbincangan.

Sebelum menerima permandian dan penguatan para peserta akan menghadiri retreat di bundu tuhan ranau.

Saudara Richard sedang memberi penerangan tentang perjalanan dan overview mengenai retreat bundu tuhan.




Kepada para peserta Tahniah diucapkan dan selamat berjaya mengharungi pembelajaran ini.
Permandian dan penguatan adalah salah satu syarat penting dalam melengkapkan perkahwinan Gereja menurut Katolik.

Merry X'mas daripada kami.

Saturday, October 3, 2009

Karnival Jualan Bazaar Sacred Heart Kota Kinabalu

Karnival jualan Sacred Heart Kota Kinabalu 04 Oktober 2009 (AHAD), sekali lagi telah berlangsung. Kupon-kupon telaj dijual beberapa bulan sebelumnya dan telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pada orang ramai.


Jualan Bazaar pada kali ini lebih meriah dan lebih besar dimana keseluruhan persekitaran dewan serbaguna telah penuh digunakan termasuk kawasan dalam dewan.



Antara jualan yang menjadi kegemaran pengunjung. Beberapa daripadanya telah habis dibeli.
Gerai wajib iaitu gerai permainan. Wild Wild West
Laluan trafik agak sesak dan ada kenderaan yang menghalang perjalanan kenderaan lain sehingga diumumkan beberapa kali.

Tuesday, August 11, 2009

Kursus Pra Perkahwinan (Kristian Only)

Kursus perkahwinan biasanya dikendalikan oleh pasukan yang dipilih khas oleh pihak gereja dan biasanya mereka ini sudah berkahwin. Dalam satu sessi (biasanya setengah hari) mereka akan berganti-ganti untuk menerangkan tajuk-tajuk yang akan dibincangkan.

Pada kebiasaannya peserta kursus akan menjalani kursus dimana (gereja) mereka akan berkahwin. Walau bagaimanapun ini tidaklah wajib atau kemestian. Misalnya pasangan dari Keningau dan ingin berkahwin di gereja SFX Keningau boleh juga mengikuti kursus di Sacred Heart Kota KInabalu. Perkara ini mungkun terjadi keranaa faktor pekerjaan dimana pasangan tersebut bekerja di KOta KInabalu.

bersambung....

Monday, August 10, 2009

Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009- Photos

Sambungan hari terbuka montfort dan sukaria 2009
Montfort open Hall for general activity

Jualan kain murah

Japanese food turut mengambil bahagian
Suasana di kawasan dalam Kantin Utama Montfort
Pelbagai karpet turut dijual

Salah satu gerai menjual pelbagai makanan
Gerai montfort open house
Permainan mencuba skil
montfort open house games

Sunday, August 9, 2009

Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009

Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009 Kinarut, Sabah

Banner, Logo Montfort Youth
Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009
Makanan Ringan Boleh Dibeli dengan koupon
Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009
Jualan Kain Murah (kain,kasut,selipar,karpet,perhiasan,buku,majalah)selain makanan dan minuman
Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009
Ayam Panggang
Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009
Montfort main Entrance (Jalan Papar Lama Kinarut)
Montfort Open House and Fun Fair Carnival 2009

Tuesday, July 28, 2009

Seminar Perkahwinan

Seminar Perkahwinan Menurut Kristian.

Seminar ini bertujuan untuk mendidik pasangan yang ingin berkahwin.

Syarat-syarat untuk menyertai seminar perkahwinan:

01. mestilah berpasangan
02. sudah bertunang
03. ada sijil tunang yang sah
04. ada sijil permandian dan penguatan bagi kedua-dua calon.
05. hendak berkahwin mengikut ajaran Kristian Katolik dan berkahwin di Gereja Katolik


gambar: para peserta dipanggil untuk melihat jadual/kerja rumah yg diberikan seminggu sebelumnya

Jangkamasa kursus:

Jangkamasa kursus adalah tiga (3) hari intensif. Selepas itu akan ada pertemuan/follow-up setiap hari sabtu selama dua (2) bulan.
Kehadiran adalah wajib dan prestasi kedatangan akan diambil setiap seorang.